Selamat Datang Ke Blog Umi Afiqah, tinggalkan jejak anda di blog saya. Kalau dah baca, follow jugak yeww. I love you crush !

Sunday 15 April 2012

Cinta Tak Pelu Dilafazkan..



Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan.. kenapa?Kenapa tak perlu dilafazkan?Nak tau kenapa?Jom kita baca satu kisah cinta yang menjawab persoalan tadi..Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang 
cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan
cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata ‘Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!’

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:‘Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku men
cintaimu. .. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. … sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi..Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’

Inilah makna cinta..renung2kan kawan...takde sbb kita syg kn s1..semuanya tidak akn kekal...

Saturday 14 April 2012

Cinta Itu Buta








Bila ditanya kenape awak suke dia sedangkan dia xdela hensem mane pun, dan jawapannya “saya xkesah pun dia hensem ke x yg penting dia baik dengan saya.”
Bila ditanya kenape awak suke dia sedangkan dia xdela kaya pun, dan jawapannya “ saya xkesah pun dia kaya ke x yg penting dia ikhlas dengan saya.”
Bila ditanya kenapa awak suke dia sedangkan awak tahu dia player, dan jawapannya “ saya xkesah dia macam mane pun yg penting. Org slalu ckp biasa lah cinta itu buta tp hakikatnye betul ke cinta itu buta.saya sayang dia dan dia sayang saya.”


Kalau benar cinta itu buta, seandainya wujud seseorang yg lebih sempurna dari pasangan korang, lebih dari segi paras rupanya, lebih dari segi pelajarannya, lebih dari segi hartanya, lebih dari segi imannya, lebih dari segi personalitinya, yg manakah yg akan korang pilih? Tepuk dada tanya lah hati. Manusia hanya dibutakan dengan cinta.
Untuk mencari pasangan hidup kite perlu pandai memilih dan menilai. Bukan untuk mendiskriminasi semata tetapi untuk menjamin kehidupan kita dan anak2 kita kelak. Jika lelaki tidak berduit dan tidak bekerja, cinta saja tidak boleh menyara keluarga. Jika lelaki tiada ilmu agama, cinta saja xkan membina keluarga sakinah. Jika lelaki species pencinta wanita, cinta saja xkan dapat mengembirakan dan menenangkan hati. Fikirlah sedalam-dalamnya kerana pasangan hidup bukan macam couple, xsuke boleh clash, tp once dah bina masjid adalah berdosa jika meruntuhkannya. Tp kita juga perlu ingat untuk mencari yg baik, yg sempurna dimata kita, kita juga perlu la berusaha ke arah itu, Allah menjanjikan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, jadi kita perlu lah menjadi baik untuk mendapatkan yg baik.